JOHOR BAHRU: Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook, dua bulan lalu.
Tertuduh, Alimuddin Mohd Hayat, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan dua hakim iaitu Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan V.M Mabel Sheela.
Lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan hantaran komunikasi yang bersifat jelik dan menghina agama ALLAH, nabi dan agama Islam menggunakan akaun Facebook miliknya 'Ali Tikos', dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu telah dibaca di sebuah rumah di Rumah Pangsa Awam Larkin Johor Bahru, pada kira-kira jam 10 malam, 26 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar, Noor Idayu Salim dan S Thiviya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, Alimuddin merayu kepada mahkamah supaya diberikan denda lebih rendah dengan mengambil kira dia yang telah bercerai dan mempunyai dua orang anak berusia empat serta lapan tahun.
Selain itu, berpendapatan tidak menentu iaitu sekitar RM300 hingga RM400 sebulan sebagai peniaga baju di Bazar Karat Johor Bahru.
Ahmad Kamal Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 bagi enam pertuduhan yang dibacakan di hadapannya dan Mabel Sheela pula mengguna pakai jumlah jaminan yang sama memandangkan kes dihadapannya akan dipindahkan ke mahkamah Ahmad Kamal Arifin.
Kes akan disebut semula bagi lantikan peguam di hadapan Ahmad Kamal Arifin pada 9 Julai depan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023
Alimuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas 10 pertuduhan. - Foto Sinar Harian
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.
Polis buka kertas siasatan terhadap Ganesparan, didakwa hina Islam dan Sultan Selangor
Siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.
Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Jurutera IT didakwa buat hantaran jelik hina Islam
Sorang jurutera teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat hantaran jelik menghina agama Islam berhubung homoseksual.
Lelaki pijak, sepak al-Quran di luar Turkish House, New York
Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar perkarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.
Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.
Suami Siti Nuramira didenda RM16,000 buat video jelik
Suami kepada wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di kelab komedi, didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik.
Kelindan lori didenda RM12,000 hina Islam di Facebook
Seorang kelindan lori didenda RM12,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lepas.